Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kemuka penyata bank palsu RM49 juta, 19 kontraktor ditahan

today5 March 2022

Background



Semua suspek terdiri 10 lelaki dan sembilan wanita akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan 19 kontraktor kerana dipercayai mengemukakan penyata bank palsu bernilai RM49 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan tender sekolah di negeri itu.

Sumber berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 53 tahun ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada 10 pagi tadi.

Katanya, penyata bank palsu tersebut dikemukakan sebagai dorongan untuk memasuki tender beberapa sekolah di seluruh Sabah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Katanya, semua suspek terdiri 10 lelaki dan sembilan wanita akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pada 2020 SPRM Sabah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Willie Jude


Previous post

Yang Hangat

Shiha tak mahu fikir sangat AJL36

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shiha Zikir enggan terlalu memikirkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang bakal disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam esok, bagi mengelak tekanan.

today5 March 2022