
PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM60,000 sekitar 2020 hingga tahun lalu.
Sumber berkata, kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berumur 50-an ditahan di pejabat SPRM Selangor, ketika memberi keterangan pada 6.30 petang.
Katanya, kedua-dua suspek berkenaan adalah pemilik dan ketua penyelia syarikat perkhidmatan pembersihan dipercayai membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan membabitkan sebuah bangunan kerajaan di Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan palsu dari 2020 hingga 2022 membabitkan kontrak bernilai lebih RM4.2 juta,” katanya…