Menerusi video yang dimuat naik oleh @_miz.jannah, kelihatan seorang lelaki bersama isterinya sedang mendengar ceramah di dalam bilik.
Terdapat sepotong ayat di dalam ceramah tersebut yang mengatakan wajib untuk makan dan minum dua kali sahaja sehari sehingga kenyang. Lelaki tersebut pula dengan berani terus membahan isterinya suka makan tidak berhenti.
Tak tahan kena bahan, si isteri bertindak mengungkit kembali kesalahan suaminya itu yang meninggalkan kereta di bengkel selama 10 bulan. Dia dilihat terdiam dan cuba untuk menutup mulut isterinya daripada terus bercakap.