Menerusi video yang dimuat naik oleh @_afiqahzulkifli, kelihatan dia menceritakan tentang kawannya yang tidak tahu menjaga mulut dengan memberikan kata-kata berbaur perli.
“Hang nanti malam pertama mesti tak rasa apa kan? Mesti laki hang tak rasa apa,” kata kawannya.
Perkara tersebut membuatkan gadis itu bengang kerana baginya soalan itu tak ada motif dan hanya bertujuan untuk body shaming saja.
“Kalau sekali dua hang nak tegur nak melawak tak ada masalah, ni kalau berkali-kali tegur dia jadi tak lawak. Dia jadi macam kurang ajaq,” katanya.