Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kena ‘Henyak’ Ketika Shooting, Fazley Yaakob Dedah Paku Pernah Masuk Bahu Gara-Gara…

today12 January 2023

Background

Pelakon dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan pernah ditolak ke dinding sehingga paku menembusi bahunya ketika menjalani penggambaran satu ketika dahulu.

Fazley yang membuat perkongsian di Instagram itu berkata, kecederaan yang dialami di set penggambaran itu ketika bergandingan dengan pelakon Datuk Rosyam Nor dalam filem Janji Diana.

“Cedera masa shooting? Saya berparut dah 18 tahun! Itu biasa! Abang Rosyam Nor tolak dan henyak saya ke dinding sampai paku masuk bahu masa shoot #JanjiDiana.

“Sepanjang malam darah masih menitis sampai basah jaket motor saya dengan fresh darah, saya tetap salam cium tangan Abang Rosyam, saya hanya cerita pada beliau 15 tahun selepas hahaha!

“Tapi parut tebal masih ada sampai hari ni. Masa shooting filem yang sama, saya jatuh motor sebab jalan ada pasir, motor Yamaha superbike pulak himpit kaki.. Itu biasa,” kongsi Fazley.

Tambah Fazley, sebagai anak seni, dia menganggap kecederaan di set penggambaran adalah asam garam dalam dunia perfileman.

“Asam garam dunia perfileman, hati kena kuat, jiwa kena kental beb! Bertahun saya shoot dengan Skop Production, tetap saya enjoy dan berterima kasih pada Datuk Yusof Haslam.

“Masih ingat filem dan drama lakonan saya? Gerak Khas the Movie 2, Janji Diana, Gila Bola, Sembilu Kasih dan banyak lagi!

“Terima kasih semua! Relaks sudah, jangan gaduh-gaduh, kita semua adik beradik dalam satu industri! Tak begitu?” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


Terdahulu, tular beberapa insiden yang melibatkan kecederaan pada pelakon ketika menjalani penggambaran sehingga menjadi pertikaian ramai.

Written by: Aqilah


Previous post