Anak usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa keping fotonya bersiar-siar di pusat membeli-belah.
Dalam hantaran tersebut, apa yang menarik perhatian adalah Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dikelilingi oleh pengawal peribadi.
Malah, dalam foto dan video tersebut Cik B mempunyai kira-kira enam pengawal peribadi yang menjaga keselamatannya.
“Boss B,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan gaya Cik B itu seperti selebriti antarabangsa yang datang ke Malaysia.
Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang mengkritik penampilan Cik B seakan seperti lelaki itu.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Cik B ada berkata dia memerlukan pegawai peribadi yang kacak dan berbadan sasa demi melindunginya.
Artikel Berkaitan: “Awak Ingat Saya Tak Mampu Nak Buat Anak Saya Cantik?”- DSV Dedah Cik B Kerap Jadi Mangsa Body Shaming
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dah Jumpa 2 Lagi 5” – Lawak! Cik B Kongsi Video Penyokong Korea Mirip Wajah DSV