Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kena Kecam Kerana Filem Mat Kilau, YouTuber Didakwa ‘Koyak’

today19 September 2022

Background

Penangan filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang disiarkan menerusi platform Netflix sempena Hari Malaysia mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Malah, ada yang begitu teruja mahu menyaksikan filem tersebut berdasarkan ulasan yang diberikan oleh seorang YouTuber popular, Zhafvlog, baru-baru ini.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi ciapan yang dimuat naik di laman sosial Twitter sejak semalam, terdapat segelintir warganet yang tidak bersetuju dengan ulasan yang diberikan YouTuber itu dan menganggap filem Mat Kilau sebagai ‘overrated’, tidak natural dan indah khabar dari rupa.

Enggan berdiam diri dengan komen-komen yang ditinggalkan, Zhaf tampil mempertahankan dirinya dengan melabel warganet di Malaysia sebagai ‘terpaling’ menonton filem tempatan memandangkan sokongan yang diberikan terhadap filem-filem lain seperti One Two Jaga, Dukun dan Fly By Night tidak serancak sokongan yang diberikan terhadap filem Mat Kilau.

Menjengah di respons ciapan terbabit pula, rata-rata warganet mendakwa Zhaf ‘koyak’ dengan kritikan yang diberikan kerana YouTuber itu dilihat meninggalkan kata-kata kesat berbentuk makian kepada individu yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

 

 

Sumber: Twitter

Written by: Salma


Previous post