
PETALING JAYA: Kenaikan kadar harga makanan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk setiap murid daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi Semenanjung dan RM3 kepada RM4 di Sabah dan Sarawak dianggap tidak memadai dengan kenaikan harga barang mentah.
Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairuddin Hamzah, berkata pihaknya menyeru kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) mengkaji semula kadar itu bagi memenuhi keperluan nutrisi murid.
“Saya agak terkilan kerana kenaikan ini masih agak tidak memadai dengan kos semasa barang mentah.
“Malah Kementerian Kesihatan pernah menyatakan kos RMT perlu dinaikkan kepada sekurangnya RM4 bagi memenuhi keperluan nutrisi murid. Saya menyeru kerajaan mempertimbangkan semula kenaikan ini,” katanya kepada FMT.
Katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan perlu…