Site icon Hot FM

Kenaikan tarif bantu tingkat kualiti air di Kelantan, kata AKSB


Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata Kelantan berdepan dengan masalah paip bocor sehingga kadar kehilangan air tak terhasil mencecah sebanyak 50%.

PETALING JAYA: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berharap kenaikan tarif air mulai 1 Feb ini mampu menampung kos operasi untuk membaiki paip bocor sekali gus dapat membantu mengatasi masalah air dihadapi rakyat negeri itu.

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata Kelantan berdepan dengan masalah paip bocor sehingga kadar kehilangan air tak terhasil (NRW) mencecah sebanyak 50%.

Katanya, dengan adanya tambahan pendapatan itu, maka AKSB boleh mempercepatkan untuk membaiki paip yang bocor.

“Kadar NRW di Kelantan masih tinggi iaitu sebanyak 50% dan apabila paip yang mengalami kebocoran ini dibaiki, makan kadar NRW akan berkurangan,” katanya menurut Harian Metro.

Izani berkata, AKSB juga akan membaik pulih sistem rawatan di loji rawatan air (LRA) serta menaik taraf loji-loji lama supaya kualiti air lebih baik dan dapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version