Menurut laman Instagram Misaka United FC, pada minit ke-48 permainan, Azurin berjaya melakukan satu ‘saves‘ penting untuk memastikan kedudukan jaringan 3-0.
Malah, ianya debut pertama yang bermakna buat Nurul Azurin selepas berjaya membantu pasukannya untuk menewaskan Bengalaru Braves 4-0 dalam saingan Karnataka Women’s League yang berlangsung baru-baru ini.
Sebagai rekod, Karnataka Women’s League adalah divisyen utama liga bola sepak wanita di wilayah Kartanaka. Ia adalah saingan berasingan dan berada di bawah pertandingan elit bola sepak di India, iaitu India Womens’ League.
Kewujudan kelab bola sepak seperti Misaka United FC dan pecahan liga bawahan seperti Karnataka Womens’ League walaupun bertaraf amatur membuktikan India memiliki struktur bola sepak tersendiri khusus untuk golongan wanita.
Dalam masa yang sama, Nurul Azurin akan beraksi di India selama dua bulan sahaja kerana liga berkenaan hanya berlangsung sepanjang tempoh itu.
Profil:
Nama…