Site icon Hot FM

Kenang Kembali Memori Silam, Sharif Dedah Atu Zero Pernah Jadi Gelandangan

Pelawak, Sharif Zero berkongsi kisah hitam yang terjadi dalam kehidupan adiknya, Atu.

Menerusi podcast Raja Lawak Podcast, Sharif berkata Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 32, pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur sehingga menjadi gelandangan.

“Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.

“Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.

“Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah,” katanya.

Keadaan menjadi lebih tragis apabila Sharif mengatakan Atu hampir terbabit dengan benda terlarang gara-gara tersilap memilih kawan.

“Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.

“Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit.

“Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sharif kini mengacara program nyanyian Famili Duo bersama selebriti, Janna Nick manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

#RajaLawakPodcast: "Duit Saya Ratusan Ribu Hilang Begitu Sahaja" - Sharif Zero

Exit mobile version