Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kenang Susah Payah Zaman Study, Akhirnya Azfar Heri Genggam Ijazah

today7 November 2023

Background

Pempengaruh media sosial, Azfar Heri akhirnya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia (Kepujian) dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), kelmarin.

Azfar turut berkongsi perasaan gembira tersebut di laman Instagram dengan kapsyen yang menceritakan susah payah zaman sewaktu belajar dahulu.


Kapsyen tersebut mencuri tumpuan netizen dan membuatkan air mata pembaca bergenang.

Akui berbangga dengan pencapaiannya sekarang, Azfar menarik nafas lega apabila selama tiga tahun tempoh belajar yang diuji dengan pelbagai onak duri kini berakhir.

Azfar atau pemilik nama sebenar Muhammad Azfar Herisham hampir berputus asa kerana penat dengan liku-liku hidup.

Tidak mudah patah semangat, Azfar bagaimanapun terus bangkit untuk mengejar impiannya.

β€œSejujurnya, kadang-kadang rasa nak give up, ye la hidup ni memang memenatkan dan tak selalunya manis.

β€œTapi bila fikir balik, kenapa nak kena give up kalau kau sendiri dah pilih untuk start?” tulisnya.

Menurut Azfar, penting untuk percayakan diri sendiri kerana itulah kunci sebenar kebahagiaan.

Anak sulung daripada empat beradik yang tidak pernah lekang dengan gelak tawa dan perangai yang kelakar itu seakan tidak percaya dirinya telah pun menggenggam segulung ijazah.

Dalam pada itu, ekoran isu pelajar sekolah enggan menyambung pelajaran sebaliknya memilih untuk menjadi pempengaruh media sosial hangat diperkatakan, Azfar menitipkan pesanan agar jangan sesekali berhenti belajar walau apa jua yang berlaku.

β€œUntuk adik-adik yang masih sekolah, jangan stop untuk belajar okay?

β€œHari ni kita akan belajar benda baru dan kadang-kadang kita takkan tahu pun benda yang kita buat tu adalah punca rezeki kita satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Azfar menasihati netizen untuk melakukan sesuatu mengikut minat dan jangan sesekali membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain.

Sebagai anak yang sentiasa mengutamakan keluarga, Azfar memberitahu bahawa dia tidak akan pernah berhenti atau jemu untuk membanggakan serta membahagiakan keluarga kecilnya itu.

Sudah tiba masanya untuk dia membalas jasa mereka yang telah banyak berkorban dalam hidupnya sebelum ini.

β€œSaya takkan stop untuk buat family saya bangga dan happy. Now it’s my time to give back to them,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut meluahkan rasa bangga serta tumpang gembira atas kejayaan Azfar.

Written by: Salma


Previous post