KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan mengapa Agensi Antidadah Kebangsaan (ADKK) “membisu” susulan lima laporan melibatkan kes dera di sebuah pusat pemulihan bawah agensi itu dibuat baru-baru ini.
Presiden Tamilar Kular, David Marshel, berkata sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan agensi itu, lebih-lebih lagi pusat berkenaan masih beroperasi seperti biasa.
“Adakah AADK telah turun pusat pemulihan dan buat pemeriksaan? Jangan tunggu semua bukti lenyap baru bertindak,” katanya dalam sidang media.
Beliau berkata, mangsa mendakwa tiada pemeriksaan berkala di pusat pemulihan itu sepanjang beberapa bulan di sana.
“Kita minta KDN (Kementerian Dalam Negeri) menerusi ADKK keluar kenyataan apakah prosedur pengendalian semua pusat pemulihan swasta di seluruh negara. Adakah pesakit dibenar dikunci mahupun dipukul…