Site icon Hot FM

Kenapa dah kalah baru bersuara, penganalisis soal Pemuda Umno


Ahli Pemuda Umno yang menghadiri pertemuan dengan ketua Pemuda Dr Akmal Salleh baru-baru ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda Umno sepatutnya lebih aktif menjelang PRN baru-baru ini, kata seorang penganalisis selepas sayap itu menggesa perubahan dalam parti susulan prestasi buruk dalam pilihan raya itu.

Penganalisis Sosiopolitik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata Pemuda Umno bersikap pasif semasa kempen dan “sepatutnya lebih aktif” dan tidak bersuara hanya apabila parti itu mengalami kekalahan.

Umno hanya menang 19 daripada 108 kerusi di enam negeri ditandinginya pada 12 Ogos lalu.

Awang Azman mendakwa, jentera bahagian parti tidak mendekati pengundi manakala beberapa pemimpin parti yang sebelum ini memegang jawatan hanya berkempen separuh hati.

“Sekarang apabila mereka tidak mempunyai kuasa lagi, mereka nampaknya tidak banyak membantu parti. Tetapi apabila parti kalah, merekalah yang pertama menekan kepimpinan dengan pelbagai tuntutan,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version