Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kenapa larangan merokok di kedai makan tak berkesan?

today14 September 2023

Background


Segelintir pelanggan menjadi agresif apabila diingatkan mengenai larangan merokok, kata seorang pemilik restoran.

PETALING JAYA: Sudah lebih tiga tahun sejak merokok dilarang di kedai makan di seluruh negara, namun masih ramai yang tidak mengendahkan peraturan itu.

Sebanyak 30,684 notis kompaun dikeluarkan tahun lepas bagi kesalahan itu, mencetuskan persoalan sejauh mana berkesannya larangan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, pemilik kedai makan dan pengunjung masing-masing perlu berubah sikap supaya tujuan undang-undang itu dikuatkuasakan dapat dicapai.

“Tidak kira berapa banyak dasar baharu diwujudkan,tiada bezanya jika perokok tetap tidak pedulikan kesan tabiat mereka terhadap orang lain, manakala bukan perokok dan peniaga tidak menegur mereka.

“Sikap dan perlakuan sosial mesti berubah jika mahu mengurangkan atau membanteras amalan merokok di restoran,” katanya kepada FMT.

Pindaan Peraturan Kawalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Danish Raja Reza


Previous post