
PETALING JAYA: Pihak berkepentingan mengeluh tentang keputusan kerajaan untuk sekali lagi meletakkan pusat sehenti bagi pengambilan pekerja asing bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Keputusan ini dibuat hampir enam bulan selepas kerajaan terdahulu pimpinan Ismail Sabri Yaakob meletakkan pusat sehenti tersebut bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), langkah yang dipuji oleh pihak berkepentingan kerana menjimatkan kos dan masa dalam mengambil dan mengurus pekerja asing.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia Christina Tee berkata, meletakkan pusat sehenti bawah KSM mengurangkan birokrasi dan menjamin kecekapan dalam menangani isu kekurangan buruh.
“Walaupun mengalami gangguan di peringkat awal, pusat sehenti bawah KSM diterima baik oleh industri,” kata Tee kepada FMT.
“Sebarang…