
United Kingdom menempatkan beberapa institusi pendidikan ulung di dunia dan destinasi kedua paling diingini rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian.
Maka tidak hairanlah UK mempunyai antara komuniti siswa antarabangsa terbesar di dunia, menjadikannya wadah tumpuan pelbagai etnik dan budaya.
Kota Birmingham terutamanya terkenal dengan warisan yang kaya dan peluang kepada siswa Malaysia untuk meneroka bidang baharu, menjalin persahabatan dan menuntut pendidikan tinggi yang diiktiraf serata dunia di Universiti Birmingham.
Kota kaya dengan budaya, warisan, dan hiburan
Birmingham merupakan bandar kedua terbesar di UK, dengan prasarana yang hebat dan kegiatan kebudayaan yang rancak.
Ia juga mempunyai bilangan siswa yang ramai kerana kos makanan, pakaian, pengangkutan dan penginapan yang berpatutan berbanding…