Pempengaruh dan usahawan Indonesia, Clara Shinta mendedahkan bahawa dia dan suami, Alexender Assad kini berdepan dengan masalah rumah tangga.
Masalah rumah tangga

Menerusi hantaran di Instagram Story, Clara berkata meskipun usia perkahwinannya baru mencecah dua bulan namun hubungannya dengan suami seakan sukar diselamatkan.
Dengan berat hati aku harus menyampaikan bahawa sepertinya rumah tangga kami kecil kemungkinan tidak dapat dipertahankan lagi.
Tambah Clara lagi, punca keretakan rumah tangganya berpunca mereka sendiri termasuk masalah komunikasi selain sikap ego dan mementingkan diri.
Tidak terhenti di situ, Clara juga mengakui kesilapannya yang tidak memadan foto bekas teman lelakinya seperti yang telah dipersetujui dengan suami.
Sebelum berkahwin, aku dan dia telah membuat satu persetujuan untuk memadam semua foto bekas kekasih masing-masing.
Dia sudah memadam, tetapi aku belum sempat melakukannya kerana folder gambarku mengandungi kira-kira 77,000 foto, jadi aku…