Imbas untuk muat turun aplikasi

Dhia

Kenapa Wanita Kelas Atasan Bawa ‘Handbag’ Dengan Tangan Kiri?

today1 February 2019

Background

Sebut sahaja beg tangan, memang ia adalah benda paling penting sebagai pelengkap outfit of the day.
Tidak ketinggalan juga, beg merupakan antara barangan penting bagi wanita golongan bangsawan seperti Meghan  Markle dan Kate Middleton.
Kalau kita lihat betul-betul, memang kedua-dua wanita bangsawan itu selalu menjinjing beg dengan tangan kiri. Kalau pun betul Kate dan Meghan hanya mengikut protokol yang ditetapkan kerajaan, tapi apakah alasannya?
Menurut pakar protokol kerajaan bernama Myka Meier, ada sebab tertentu mengapa mereka menggunakan tangan kiri.

“Ketika menghadiri sebuah majlis, mereka akan memegang beg di tangan kiri agar tangan kanannya bebas bersalaman, menyapa dan terbuka bertemu khalayak umum. Bukan sahaja wanita bangsawan, Putera Charles juga turut melakukan hal serupa,” ujarnya.

Ketahui sebab lain dengan klik sini.
Penulis: Dhia

Written by: Azra Azuar


Previous post