
PETALING JAYA: Langkah menamakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi sebagai anggota Jemaah Menteri akan membantu menstabilkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim, menurut seorang penganalisis.
Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ini dengan andaian Zahid akan dapat mengekalkan jawatan presiden Umno pada pemilihan parti akan datang, yang mesti diadakan tidak lewat dari enam bulan selepas pilihan raya umum baru-baru ini.
Oh berkata, Ahli Parlimen Umno akan lebih berkemungkinan mengikut kehendak Zahid jika beliau kekal sebagai presiden.

“Namun jika beliau hilang jawatan itu, penyandang seterusnya mungkin sokong atau tidak sokong Anwar. Jika tidak sokong Anwar, Umno mungkin meninggalkan kerajaan,”…