
PETALING JAYA: Sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik tentera terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), petang tadi.
Panglima Angkatan Tentera Mohammad Ab Rahman, berkata kenderaan membawa muatan dua kereta perisai ‘Adnan’ daripada pasukan berpangkalan di Mentakab, Pahang, terbalik akibat nahas itu.
Beliau berkata, dalam kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
“Punca kemalangan masih dalam siasatan. Namun, tiada kecederaan kepada anggota mahupun orang awam dilaporkan. KPKP mengalami kerosakan,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi catatan di Facebook memaklumkan kemalangan berlaku di KM35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.
Jurucakap LLM, berkata kedua-dua lorong kanan arah barat dan…