Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kenderaan rasmi baharu bukan kereta mewah, Sanusi pertahan

today24 March 2024

Background


Sanusi Nor berkata kenderaan baharu yang dibeli kerajaan negeri tidak mahal. (Gambar Hyundai Malaysia)

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, mempertahankan pembelian kenderaan rasmi baharu jenis Hyundai Palisade, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi menggantikan kereta Mercedes Benz sebelum ini.

Menurutnya, SUV itu tidak mahal manakala kos membaiki kereta lama boleh mencapai puluhan ribu ringgit.