
KULIM: Ketua Setiausaha Pakatan harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan beliau melakukan kesalahan pilihan raya dengan berkata calon Barisan Nasional (BN), C Sivaraj yang menarik diri daripada pilihan raya Padang Serai akan dipertimbangkan jawatan dalam kerajaan.
“Tiada kesalahan pilihan raya di sini. Ia jelas menyatakan tiada syarat atas penarikan diri calon BN. Ia sudah jelas, tidak ada syarat. Apakah kesalahan pilihan raya di sini?” soalnya.
Saifuddin ditanya sama ada beliau melakukan kesalahan pilihan raya ketika berucap dalam ceramah di Lunas pada Ahad lalu bahawa ada tempat untuk tokoh muda seperti Sivaraj dalam kerajaan.
Sivaraj, yang juga naib presiden MIC, menggantung kempennya Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada calon PH, Sofee Razak.
Saifuddin berkata, kemungkinan Sivaraj…