Timbalan menteri di JPM berkata peruntukan Perlembagaan Persekutuan mencerminkan pengiktirafan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum, budaya dan agama.

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas dari segi undang-undang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ramkarpal Singh.
Timbalan menteri bertanggungjawab terhadap undang-undang dan reformasi institusi itu berkata, Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 23 tahun, tidak pernah mempertikaikan status Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan kaum dalam tempoh tersebut, malah mengiktiraf perkara berkenaan.
“Tambahan pula, sebagai seorang bekas perdana menteri selama lebih dua dekad,…