Hot FM

‘Kenyataan palsu’, Zaliha nafi sahkan adendum tahanan rumah Najib


statement palsu
Kenyataan media berkait adendum tahanan rumah Najib Razak kononnya dikeluarkan oleh Dr Zaliha Mustafa seperti tersebar di media sosial adalah palsu. (Gambar X)

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan mengeluarkan kenyataan media berkait adendum tahanan rumah Najib Razak yang tersebar pagi tadi.

“Untuk makluman, kenyataan media ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya,” katanya dalam kenyataan.

Justeru katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan palsu itu.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” kata Zaliha.

Menerusi kenyataan palsu itu, Zaliha sebagai menteri dipertanggungjawabkan dalam Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan mengesahkan adendum dikeluarkan bekas Yang di-Pertuan Agong…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version