
PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kenyataannya pada Perhimpunan Agung MIC Isnin lalu disalah tafsir oleh lawan bagi menjatuhkan imej pemimpin gabungan itu.
Presiden Umno itu mempertahankan kenyataannya pada Isnin lalu dengan berkata, mesej yang cuba disampaikannya kepada pemimpin BN ialah mereka akan berdepan “pendakwaan terpilih bermotifkan politik”, jika BN kalah dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Namun, ia akan menjadi suci dan selamat jika bersekongkol dan bersama dengan mereka. Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup lompat parti untuk menyelamatkan diri agar terus suci,” katanya dalam catatan di Facebook.
Isnin lalu, Zahid mengingatkan pemimpin BN yang mereka perlu menang besar dalam PRU15 bagi mengelakkan ditimpa nasib…