Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kenyataan Sembelih Orang Bukan Islam Disalah Anggap, Zul Huzaimy Mohon Maaf

today15 November 2022

Background

Baru-baru ini tular sebuah rakaman yang memaparkan pelakon terkenal, Zul Huzaimy membuat kenyataan mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah politik sehingga menjadi perdebatan ramai.

Tampil membuka mulut, Zul membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya hari ini.

“Pertama sekali, saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mungkin sudah salah anggap apa yang saya telah ucapkan dalam klip yang telah disunting oleh seseorang yang mengatakan saya ini terlalu ekstrem hingga mahu menyembelih orang bukan Islam di Malaysia.

“Anda harus dengar ucapan saya yang penuh yang saya mengatakan kepada saudara-saudara bukan Islam, kita harus menjaga mereka kerana mereka ini menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam dan mereka baik.

“Yang kedua, Kafir Harbi (yang disebut di dalam video) adalah musuh Islam yang nyata, maksud saya ialah bukan Islam yang benci Islam, suka perkauman, buat hal sehingga tak benarkan azan di sesetengah tempat terlalu kuat.

“Semalam saya dapat satu video, ada sekumpulan pemain gendang di Pulau Pinang bergendang dengan kuatnya di hadapan sebuah masjid yang dimana orang muslim sedang azan Isyak dan solat Isyak.

“Benda inilah yang kita kena faham, yang saya maksudkan kaum-kaum segelintir ini, kena faham di situ,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Zul juga mengakui dia bukanlah seorang yang ekstrem seperti yang didakwa dan berharap perkara ini tidak disensasikan sebagai ucapan kebencian terhadapa agama lain.

“Saya bukanlah seorang yang terlalu ekstrem untuk suka bergaduh dengan orang, tidak. Saya pun bersahabat dengan kawan-kawan yang kaum India, Sikh, Cina, sedangkan arwah mak cik saya juga kaum Cina dan beragama Islam, kawan saya Adam Corrie juga kaum Cina yang beragama Islam.

“Yang saya maksudkan bila mana ada sesetengah pihak yang cuba nak memanaskan keadaan dengan membenci Islam ini, agama rasmi Malaysia, itu maksud saya.

“Jadi di situ diharapnya perkara ini tidak disensasikan sebagai ucapan kebencian. Ini yang saya nak nyatakan, saya bukan buat ucapan kebencian di mana suka nak berbau perkauman, mintak bergaduh antara agama, tidak.

“Saya pun tidak menyokong kumpulan-kumpulan Islam yang ekstrem nak membunuh sesuka hati tanpa pedulikan undang-undang negara, saya tidak sokong begitu.

“Sekali lagi saya mohon kepada netizen yang mana salah faham, dapatlah keterangan saya ini dengan jelas, akhirnya kita di Malaysia ini hidup dengan aman,” tutup Zul.

Pada perkembangan sama, kenyataan selebriti itu juga telah mendapat perhatian beberapa pihak termasuklah Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m)

Written by: Aqilah


Previous post