
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi berkata kenyataan seorang pemimpin Umno Johor yang sedia ‘perang’ dengan Amanah negeri itu dalam pilihan raya akan datang hanyalah bersifat peribadi.
Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional berkata sebarang keputusan untuk Umno Johor bertanding menentang Amanah dalam pilihan raya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.
“Selagi pengerusi, presiden atau setiausaha agung mana-mana parti (tidak) mengeluarkan kenyataan kita anggap ia sebagai pandangan peribadi dan bukan dasar parti,” katanya kepada media selepas satu program di Parlimen.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Umno Johor Abdul Halim Suleiman bahawa Umno Johor sedia ‘berperang’ dengan Amanah pada pilihan raya akan datang, selepas parti itu berhasrat bertanding 20 kerusi DUN Johor.
Bagaimanapun,…