
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan mengangkat presidennya Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata kenyataan dikeluarkan atas namanya yang tular di media sosial itu selepas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkait visa luar negara (VLN), adalah palsu.
“Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak ia kenyataan daripada saya, semak semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram dan TikTok.
“Jika tiada ia palsu,” tulisnya di Twitter.
Dalam kenyataan media palsu yang kononnya dibuat Ahmad itu, kenyataan itu mendakwa Majlis Kerja Tertinggi Umno akan bermesyuarat pada 30 September depan untuk membincangkan cadangan mengangkat Zahid…