Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kenyataan Zahid dakwa kerjasama MN dangkal tak wakili Umno, kata Hadi

today3 September 2022

Background



Abdul Hadi Awang berkata, PAS masih berpegang kepada pendirian asal penubuhan Muafakat Nasional, iaitu menerima penyertaan mana-mana parti yang tidak ekstrem, termasuk Bersatu.

ALOR SETAR: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tampil membalas dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti Islam itu hanya menawarkan kerjasama politik “dangkal” dalam Muafakat Nasional (MN), dengan berkata kenyataannya tidak mewakili Umno.

“Umno ini bukan (ada) presiden saja. Umno ini adalah sebuah parti yang ada Majlis Kerja Tertinggi, naib presiden, bahagian-bahagian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-68.

Presiden PAS itu berkata, partinya masih berpegang kepada pendirian asal penubuhan MN, iaitu menerima penyertaan mana-mana parti yang tidak ekstrem, termasuk Bersatu.

“Kita masih berpegang kepada pendirian asal antara PAS dan Umno ketika tubuhkan MN, kita setuju bukan saja Umno dan PAS, termasuk juga Bersatu, termasuk jugalah mana-mana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar, Faiz Zainudin dan Predeep Nambiar


Previous post