

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, menzahirkan harapan agar sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan, dan kemakmuran kepada semua.
Menyifatkan perayaan ini wadah penting dalam memperkukuh semangat kekeluargaan, perpaduan, serta keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum, Tuanku Syed Sirajuddin menegaskan kepelbagaian budaya dan tradisi yang diraikan secara bersama merupakan kekuatan yang menyatukan rakyat Perlis dalam suasana hormat-menghormati dan saling memahami.
“Semangat muhibah serta toleransi yang sekian lama terjalin hendaklah terus dipelihara demi menjamin kestabilan dan kemajuan negeri,” titahnya dalam ucapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Semoga Tahun Baharu Cina kali ini disambut dalam suasana penuh…