
KUALA LUMPUR: Kepentingan hak asasi manusia selari apa dibawakan dalam konsep Malaysia Madani, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, perkara itu dibangkitkan semasa pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk di Parlimen semalam.
“Sebuah negara perlu ada wawasan bertunjangkan nilai asas yang diperlukan dalam masyarakat harmoni, berkembang maju dan aman tanpa melupakan konsep ihsan serta hak asasi manusia.”
Katanya, lawatan Volker dan delegasinya ke Malaysia atas jemputan kerajaan sebagai sebahagian usaha berterusan negara memupuk kerjasama dengan PBB bagi meningkatkan kesedaran serta pemahaman mengenai hak asasi manusia untuk dinikmati semua rakyat.
Dalam hantaran berasingan, Anwar menerima kunjungan hormat…