Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan.
Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa?
Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh….