
Peperiksaan UPSR dan PT3 perlu diwujudkan kembali, kata timbalan menteri Sarawak berdasarkan perubahan positif menyusuli pelaksanaan Ujian Penilaian Program Dwibahasa (UP-DLP), menurutnya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee, berkata pihaknya nampak perubahan pada guru, ibu bapa, dan pelajar selepas setahun pelaksanaan UP-DLP di Sarawak.
“Cikgu bertambah serius untuk memastikan pelajar dapat keputusan baik. Ibu bapa semakin serius untuk memastikan anak-anak mesti belajar bersungguh dari sekolah rendah lagi. Pelajar mulai serius sebab takut tak dapat masuk Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak.
“Guru besar makin serius sebab takut sekolah mereka tercorot,” katanya di Facebook.
Justeru, Annuar berkata kerajaan tidak perlu buat kajian berhubung…