Lain anak, lain ragamnya. Ada anak yang pendiam, ada juga anak yang petah dan banyak bercakap.
Pada 4 Februari lalu, tular di media sosial video seorang kanak-kanak yang begitu petah bercakap ketika menjual barang kepada orang ramai.
Kecik lagi kot dah power marketing, siap bagi free gift doa lagi kt customers. Besor nanti mesti lagi power ni in shaa Allah dik pic.twitter.com/uobI6LtxFM
— Mohd Eem (@mohdzaheem) February 4, 2020
Video berdurasi 1: 37 saat itu dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Twitter dikenali sebagai Zaheem dan sehingga artikel ini ditulis ia telah meraih lebih 354, 100 jumlah tontonan, 22,500 retweets serta 25,600 likes.
Ternyata, ramai yang terkejut dan bangga dengan kebolehan adik itu membuat marketing di samping bijak ‘memancing’ hati pelanggan dengan menghadiahkan doa buat mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Zaheem di Twitter meninggalkan pelbagai reaksi, antaranya:
Ni adik yg jual penanda buku tu ke. Ada ke patut dia kata muka aku mcm aeril zafrel pastu aku tergoda aku beli lah 3 bookmark dia
— HK (@hafizkeith) February 4, 2020
Dia terlampau bagus sampai aku tak sampai hati nak tolak benda dia jual 😭
— iam.shahir (@ohhshahir) February 5, 2020
Rambut style, power marketing huhu 👍🏼
— Abey Mu'insz (@abeymuinsz) February 5, 2020
Bagus parent dia ajar anak2 dia mula dari bawah,bkn besar nnti terus jd ceo and lupa daratan
— M.S.I (@valium96) February 5, 2020
akhirnya ada org post pasal dia ni, pernah terserempak dgn budak ni dekat ioi yaa dia punya petah tu kalah masa aku buat presentation, ayat dia "akak jangan takut, saya bukan perompak" dgn suara n lenggok upin ipin dia haih kecik kecik dh petah mcm ni
— faten (@fatenamira_) February 5, 2020
https://twitter.com/yanaxsarudin/status/1224793063911911424
Fuh power gila bdk ni bila dah besar..skrg pun dah power gila…
— David gilmour (@MSallehuddin05) February 5, 2020
https://twitter.com/hakymmislim/status/1224887315698339841
Difahamkan, adik yang memakai baju ungu bercorak bunga itu menjual penanda buku dengan harga RM10 sahaja. Cayalah, dik!
Post comments (0)