
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR Sabah mendakwa jawatan pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri sepatutnya milik parti berkenaan, menurut formula dipersetujui dan dipatuhi semua komponen.
Pemimpin PKR yang enggan dinamakan berkata, jawatan itu sepatutnya tidak dipertandingkan dan pemilihan awal bulan ini julung kali diadakan sejak PH Sabah dibentuk pada 2017.
Beliau mendakwa komponen PH Sabah, iaitu PKR, DAP, Upko dan Amanah secara tradisinya menamakan seorang pemimpin PKR untuk mempengerusikan PH Sabah.
“Sabah dipimpin PKR, jadi sekalipun pengerusinya digantikan, ia sepatutnya seseorang daripada PKR.
“Christina Liew sudah tinggalkan perkara lalu, tetapi kami minta penjelasan kerana struktur kepimpinan dalam PH Sabah berdasarkan apa yang diperuntukkan kepada parti,” katanya kepada FMT.
Sumber itu turut mendakwa pemilihan oleh PH Sabah cubaan untuk mengetepikan…