Site icon Hot FM

Keputusan berkait Lynas mungkin jejas keyakinan pelabur, kata ahli ekonomi


Pelabur mungkin melihat keputusan itu menunjukkan kecenderungan kerajaan untuk mungkir janji, kata Shankaran Nambiar.

Lesen operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, diperbaharui untuk tempoh tiga tahun, dengan larangan mengimport dan memproses nadir bumi pekat selepas 1 Julai kekal. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi memberikan amaran kepada kerajaan bahawa keputusannya menghalang Lynas daripada mengimport dan memproses nadir bumi selepas 1 Julai boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

Pelabur mungkin melihat keputusan itu menunjukkan kecenderungan kerajaan untuk mungkir janji, kata Shankaran Nambiar daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

“Lynas mendakwa ia dijemput untuk melabur di Malaysia dengan kerajaan ketika itu mengetahui sepenuhnya jenis operasi dijalankannya.

“Hujahnya kini menggambarkan kerajaan seolah-olah membatalkan perjanjian awalnya,” kata Shankaran kepada FMT.

Semalam, Lynas mengumumkan lesen operasinya di Malaysia diperbaharui selama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version