
Keputusan berbolak-balik mengenai pelaksanaan peperiksaan UPSR untuk murid Tahun Enam mengelirukan pelajar, guru dan ibu bapa, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg hari ini.
Beliau berkata, guru sudah menyesuaikan diri dengan pengajaran tanpa UPSR sejak ia dimansuhkan pada 2021.
Bagaimanapun, beliau menyatakan kebimbangan berhubung sistem penilaian semasa, di mana pelajar melalui Tahun Enam hingga Tingkatan Lima tanpa menduduki sebarang peperiksaan besar, sebaliknya bergantung kepada pentaksiran lulus-gagal sahaja.
Beliau berkata, ini boleh menjejaskan keupayaan pelajar untuk membangunkan kemahiran menulis dan analisis dalam jangka masa panjang.
“Apabila mereka masuk pasaran kerja nanti, mereka mungkin tidak tahu bagaimana menulis karangan,” katanya dalam acara dialog bersama rakyat di Kuching malam tadi, lapor…