

Keputusan berhubung cadangan menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan yang menggunakan diesel akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata kementerian kini dalam peringkat pelaksanaan kajian mekanisme yang bersesuaian termasuk penelitian terhadap sebarang implikasi kepada hasil kerajaan.
“Kita buat kajian dengan segera, perlu teliti dan buat pertimbangan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan kerana bukan semua kenderaan (menggunakan) diesel tidak menerima subsidi. Ada sebahagian mendapat subsidi melalui harga subsidi bersasar.
“Jadi perlu ada pengimbangan untuk melihat bagaimana kita membantu mereka yang tidak mendapat subsidi menerusi langkah mengurangkan cukai dikenakan kepada mereka,” katanya selepas menghadiri…