Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keputusan CEC tak jejas kedudukan dalam Kabinet, kata Loke

today17 March 2025

Background


kongres ke 18 dap
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, beliau tidak akan mencadangkan rombakan Jemaah Menteri kerana pemilihan CEC semalam ialah urusan dalaman parti.

PETALING JAYA: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam tidak akan menjejaskan kedudukan menteri atau timbalan menteri daripada parti itu, kata Setiausaha Agung Loke Siew Fook.

Loke yang juga menteri pengangkutan berkata, beliau tidak akan mencadangkan rombakan Jemaah Menteri kerana pemilihan tersebut hanya membabitkan urusan dalaman parti.

“Jadi menteri atau timbalan menteri, sama ada mereka ahli CEC atau tidak pada waktu ini, mereka akan terus berkhidmat dengan jawatan sedia ada.

“Syor (pertukaran) datang daripada parti, tidak boleh daripada individu dan parti tidak syorkan apa-apa kecuali Perdana Menteri Anwar Ibrahim hendak buat perubahan.

“Saya selaku setiausaha agung DAP tidak akan membuat apa-apa cadangan kepada perdana menteri,” katanya, lapor Bernama.

Semalam, 30 ahli dilantik ke dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post