Proses hadanah berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi kedua-dua anak pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat masih belum mencapai jalan penyelesaian.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kunci Mulut, Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Inter-Parte Proses Hadanah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang
Artikel Berkaitan: ‘Saya Disuruh Untuk Menghantar Surat Lima Hari Sebelum Jumpa Anak’ – Farid Kamil
Menurut peguam yang mewakili Farid, Fakhrol Azman Abu Hassan, pihak mahkamah telah mengarahkan pihak pemohon dan juga responden untuk memfailkan hujah berkenaan prosiding ini pada 30 Jun akan datang.
Prosiding hari ini adalah pendengaran secara inter-parte permohonan hak jagaan sementara.
Jadi dari segi dokumentasi, kesemua afidavit jawapan telah difailkan mengikut arahan mahkamah dan mahkamah telah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 30 Jun akan datang.
Dan keputusan…