Hot FM

Keputusan pecat, gantung pemimpin Umno tak ikut proses, kata Ismail



Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan Umno memecat dan menggantung beberapa pemimpin parti itu tidak mengikut proses perundangan.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak bersetuju dengan ketetapan parti itu yang memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin Umno kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan.

Menurut bekas perdana menteri itu, keputusan itu juga tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan konsep ‘natural justice’ seperti hak membela diri.

Katanya, tiada surat tunjuk sebab untuk yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka dan tiada ruang diberikan untuk menjawab pertuduhan.

“Jika yang menuduh tidak berpuas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri.

“Jika mereka didapati bersalah jawatankuasa perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan Umno dan membawa kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version