
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menyeru kerajaan segera menyampaikan keputusan permohonan pengampunan Najib Razak, selain menegaskan perlu ada ketelusan serta penjelasan berhubungnya.
Bercakap kepada FMT, Pengerusi Tetap Pemuda Umno Wan Agyl Wan Hassan berkata kurangnya maklumat tentang perkara itu “secara tidak langsung menyemarakkan lagi spekulasi dan maklumat yang tidak betul.
Beliau berkata kerajaan harus mengakui keperluan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu, tambahnya, ketelusan dan penyampaian maklumat dengan cepat adalah kunci mengekalkan kepercayaan awam dan menghalang penyebaran maklumat yang tidak benar tentang nasib bekas presiden Umno itu.
“Susulan beberapa perkembangan terkini dan spekulasi yang mengelilingi pengampunan Najib, semakin jelas bahawa…