
KUALA LUMPUR: Rayuan akhir bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman kerana memalsukan dokumen akan diputuskan pada 27 Nov ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin hari ini manakala Nicholas Kow Eng Chuan yang mewakili Peter, 53, selaku peguam mengesahkan tarikh tersebut.
Kedua-dua pihak selesai berhujah pada 1 Ogos lepas di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Ahmad Zaidi Ibrahim, Mohamed Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin.
Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lepas menolak permohonan Peter untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.
Peter, sebagai pengarah urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd,…