Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keputusan rayuan universiti awam 6 Ogos

today2 August 2024

Background


university
Kementerian Pendidikan Tinggi menerima sebanyak 27,407 permohonan rayuan dengan jumlah unjuran tempat adalah 9,459.

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh disemak bermula 6 hingga 15 Ogos.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, berkata keputusan boleh disemak melalui portal UA dan aplikasi UPUPocket bermula 12 tengah hari dan tempoh setuju terima adalah bermula 7 hingga 15 Ogos.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berusaha untuk pastikan bahawa yang terbaik dapat tempat. Ini adalah selaras arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim iaitu jangan ada pelajar cemerlang tercicir dalam konteks kemasukan ke universiti,” katanya.

Beliau berkata KPT menerima sebanyak 27,407 permohonan rayuan dengan jumlah unjuran tempat adalah sebanyak 9,459.

“Bilangan program dibuka untuk rayuan adalah 246 program dengan 13 program temu duga. Harap yang ditemu duga tampil diri sebaik mungkin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post