
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept ini untuk keputusan representasi dikemukakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memaklumkan kepada Hakim Suzana Hussin bahawa pihak pendakwaan masih belum memperoleh keputusan representasi itu yang diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 4 Julai lepas.
“Hari ini ditetapkan keputusan representasi, namun pihak kami masih belum mendapat keputusan representasi berkenaan yang dikemukakan pihak peguam. Pada hari ini, pihak pendakwaan baru sahaja mendapat tarikh baharu daripada AGC iaitu pada 28 Ogos ini bagi keputusan representasi.
“Oleh itu, pihak kami juga memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan…