
KUALA LUMPUR: Peguam negara membantah permohonan Bersatu untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang mengekalkan kedudukan empat Ahli Parlimen dari Sabah.
Bersatu memohon perintah untuk membatalkan keputusan Johari berhubung status empat ahli Parlimen – Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).
Ahli Parlimen itu dipilih atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 lalu ketika Bersatu menjadi komponen GRS. Kemudian, GRS menggugurkan Bersatu sebagai ahli gabungan.
Selepas itu, Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee berkata parti itu telah memecat Ahli Parlimen terbabit pada 21 Dis selepas mereka duduk bersama blok kerajaan semasa persidangan Dewan Rakyat pada 19 Dis.
Beliau mendakwa ini telah…