Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Keputusan SPM 6A, Kak KM Hadiahkan Anak Kereta Mercedes & Wang RM10,000… Untungnya!

today28 May 2024

Background

Personaliti media sosial dan usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM menghadiahkan RM10,000 dan sebuah kereta jenama mewah kepada anaknya, Mohd Faris atas kejayaan meraih keputusan 6 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini memuat naik video memberikan kunci kereta dan cheque bank kepada anaknya itu.

“Faris, sempena kejayaan abang ini hadiah pertamanya, kereta, nombor dua RM10,000.. I love you, anak Mama,” katanya.

Dalam video tersebut juga, Faris kelihatan terharu dan terkejut atas hadiah pemberian ibunya itu.

Kak KM

Berdasarkan hantaran di IG, Faris mengucapkan terima kasih kepada ibunya, Kak KM yang tidak henti memberi sokongan dan sentiasa berada di saat susah dan senang.

“Syurgaku, terima kasih kerana sentiasa support abang tanpa rasa penat atau lelah, sentiasa ada bila abang rasa susah dan sentiasa ada bila abang rasa keseorangan…

“Terima kasih sentiasa mendoakan abang, solat hajat untuk abang.. mama dah kasi abang segala-galanya dan tiada satu benda pun yang boleh membalasnya..

“Abang hanya mampu memberikan kebahagiaan dan senyuman kat mama.. tanpa doa dan berkat mama abang takkan dapat keputusan yang baik untuk spm..

“Mamalah segalanya untuk abang, kasih sayangmu tidak ternilai dan tidak ada benda yang boleh menggantikannya…cintaku,” tulisnya.

Kak KM

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dr*g Queen’ Buat Aksi Tak Senonoh Pada Suami Kak KM.. Netizen Gesa Mufti Agama Ambil Tindakan

Artikel Berkaitan: “Orang Tak Tengok Saat Kita Sabar, Tapi Tengok Saat Kita Kurang Ajar” – Kak KM

Artikel Berkaitan: Masih Trauma Kes Rumah Dipecah Masuk, Kak KM Bakal Pindah  – “Saya Tak Boleh Tunjuk Sangat Apa Yang Saya Ada”

Written by: Aqilah


Previous post