Hot FM

Keputusan Umno kukuhkan lagi kerajaan Anwar, kata penganalisis



Keputusan Perhimpunan Agung Umno menghalang dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan dilihat menguatkan lagi kerajaan Anwar Ibrahim, di mana Ahmad Zahid Hamidi adalah timbalan perdana menterinya.

PETALING JAYA: Keputusan Umno menghalang dua jawatan tertinggi parti dipertandingkan akan memperkukuhkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim tetapi pada masa sama masalah dalaman Umno akan terus berlanjutan, kata penganalisis.

Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata, pemimpin Umno bahagian mungkin bersetuju dengan keputusan itu tetapi ahli akar umbi mungkin berfikiran sebaliknya.

“Mungkin pemimpin bahagian boleh menerima kerana mereka setia pada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin lama dalam parti. Tetapi bagi ahli biasa, mereka mungkin mengambil masa untuk menerimanya,” katanya kepada FMT.

Ibrahim berkata, kesan segera keputusan itu adalah kerajaan Anwar mempunyai peluang yang lebih baik untuk bertahan selepas pemilihan Umno, yang mesti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version