
PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS membidas tindakan Umno tidak meneruskan himpunan yang dirancang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, Isnin ini, bertujuan menyatakan solidariti bersama bekas perdana menteri Najib Razak.
Tuan Ibrahim berkata, beliau ‘hairan’ dengan solidariti Umno terhadap ‘pemimpin kesayangan’ parti itu kerana setelah bertegas untuk berhimpun dan bersolidariti bersama Najib, Umno semalam memaklumkan untuk tidak meneruskan himpunan.
“Pembatalan yang diumumkan tidak sampai empat jam selepas Najib melahirkan rasa terharunya terhadap sokongan ahli-ahli Umno,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga mendakwa, keputusan Umno tersebut dipengaruhi oleh DAP yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung himpunan itu.
“Tindakan…